Friday, January 21, 2011

HIKAYAT SEBUAH TELEFON BIMBIT


Telefon bimbit yakni handfone adalah alat perhubungan diantara manusia sesama mereka..penggunaannya semakin berleluasa pada dekad ini…terkenang daku pada satu hikayat yang sangat meluat lagi palat… lebih 70 purnama kejadian ini telah berlalu..namun penangannya masih diingatan…kisah bermula di satu tempat dimana semua anak-anak jelata(murid sekolah) menuntut ilmu..(sekolah laaa…) Seorang murid mengadu kepada rakan-rakannya hndfone kesayangannya sudah di curi orang…perasaan marah,murka singgah didada si mangsa…aku serta rakan-rakan hanya mampu melihat tanpa berkata ini kerana adalah difahamkan barangan seperti handfone ialah perkara yang haram disekolah.. apa yang boleh dilakukan oleh si mangsa??menahan sebak didada…walaupun ayahandanya seorang tok guru situ..namun mustahil untuk itu kerana tuan hamba membawa barangan larangan.. ”silap2,simangsa yang dikena tindakan”.. pikir patik dengan logiknya…
Namun…”kejadian tidak berakhir semudah itu jebat.”kata si mangsa..yang salah harus diberi hukuman!! Keesokan harinya..anak-anak jelata terus ke sekolah..sebelum memasuki kelas..anak-anak jelata mestilah mendengar kata-kata hikmat(assembly) daripada tok2 guru..namun, hari ini ada kelainan..hanya guru sahaja dilepaskan..anak-anak jelata diminta tunggu..tatkala hati kami tertanya2..ada apakah ini?? tiba2 satu suara bergema..semua diam x terkata..kelibat seorang tok guru di atas pangkin(atas pentas perhimpunan) sedang bermuka durjana..eh,ayahanda si mangsa@ guru kami….“ wahai anak-anak muridku!!!!kelamarin satu kejadian telah menimpa seorang murid.. yakni telefon bimbitnya hilang!!siapa punya gerangan yang melakukan kejadian hina itu???” aku dan rakan terkejut berukkk dibuatnya! Mengapa sampai begini sekali??tidakkah tok guru itu malu dengan perbuataannya???tatkala itu,kedengaran suara2 halus bising berbisik “siapa punya hdnfone hilang?? siapa?siapa??”pertanyaan itu tidak ku sudahkan walaupun aku tahu siapa simangsa kerana ingin menjaga aib simangsa.. “barang siapa yang mencurinya!sila pulangkan!!jangan menambah derita! Ini kerana,beta suda berjumpa dengan seorang pawang@bomoh@dukun senja semalam sebagai cara untuk beta mengetahui siapa empunya angkara! Namun! Akan beta beri kamu satu malam!jika esok menjelang tiba dan kamu masih tidak memulangkannya..beta akan menggunakan kekerasan terhadap kamu! ”titah beliau.. aku dan rakan-rakan berkata “ini melampau!mengapa tok guru begitu naïf?hal ini tidak sepatutnya disiarkan! Simangsa yang bersalah!siapa suruh beliau membawa hnfone ke sekolah!” “ya!ya! aku setuju!ini melampau!” Tiba2! Tok guru menyambung titahnya “akan ku didihkan air yang diberikan oleh pawang!agar kamu merasa panas diseluruh tubuhmu!kamu akan terbakar..jika kamu tidak pulangkannya,akan ku besarkan api itu supaya ia menggelegak!dikala itu kamu akan menderita” tok guru menyudahkan amarannya..anak-anak jelata berasa hairan da pelik.. mengapa tok guru begitu?seorang tok guru tidak sepatutnya bersikap sedemikian..tatkala hati meluat sehingga ada yang terlepaskan kata “mengapa tok guru begitu?mengapa?ini kerana simangsa adalah anaknya!jika kita ditempat simangsa?aku rasa kita dihukum lagi adalah! Ya lah!kalian kan tahu,hndfone adalah barangan larangan disekolah!ini tidak, tengoklah tok guru itu! Membela,malah sampai begitu caranya..”titah seorang polan.. “betul tu..nak tergelak pun ada..guru tersebut mengajar agama..namun masih berjumpa pawang..hahahaha…”..hari itu menjadi isu yang besar..keesokan harinya simangsa gembira kerana barangnya telah diketemukan oleh seseorang…mungkin dengan bantuan si PAWANG kottttt………………….
*hilang respect kat cikgu macam tu

No comments: